Perak bakal wujudkan Majlis Sukan Elektronik

IPOH 14 Feb. – Perak bakal menjadi negeri pertama yang mewujudkan Majlis Sukan Elektronik Negeri sekali gus dilihat bakal menjadi pemangkin rujukan kepada negeri-negeri lain dalam pembangunan e-sport.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, enakmen mengenainya sedang dirangka serta diperhalusi oleh Jawatankuasa Protem Sukan Elektronik Perak yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How.

Beliau berkata, jawatankuasa berkenaan telah bermesyuarat sebanyak dua kali dan enakmen berkaitan dengannya diharap dapat dibentang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada April ini.

“Kita harap dapat mulakan draf undang-undang berkaitan penubuhan majlis ini pada tahun ini juga.

“Kerajaan negeri Perak adalah yang paling agresif dan progresif dalam meluluskan undang-undang untuk e-sport walaupun perkara ini terlalu baharu,” katanya dalam sidang akhbar bagi mempromosi Persidangan Industri Profesional E-Sport (EPIC) 2019 di sini hari ini.

EPIC 2019 yang bakal berlangsung selama dua hari bermula 2 Mac depan di Amanjaya Convention Centre di Meru Raya, dijangka menarik kehadiran 4,000 pengunjung dalam persidangan, pameran serta kejohanan e-sport peringkat daerah Kinta yang menawarkan hadiah terkumpul keseluruhan bernilai RM13,000.

Bertemakan ‘More Than Gaming’, persidangan julung kali anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak) itu antara lain bertujuan membuka peluang kepada rakyat di negeri ini khususnya golongan belia supaya melihat e-sport sebagai salah satu cabang ekonomi baharu selari dengan hasrat kerajaan menggerakkan Revolusi 4.0 di negeri ini.

Sementara itu, Howard berkata, Majlis Sukan Elektronik Negeri Perak antara lain bakal berperanan dalam menyediakan struktur, bidang kuasa, perjawatan, penguatkuasaan serta urus tadbir dalam hal-hal penganjuran acara e-sport.

Selain itu katanya, ia juga akan bertindak sebagai badan tribunal bagi menyelesaikan sebarang permasalahan berkaitan penganjuran e-sport selain menguruskan persatuan-persatuan sukan elektronik di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

3.png9.png1.png9.png2.png6.png
Hari Ini206
Semalam566
Minggu Ini1326
Bulan Ini5877
Keseluruhan391926