PKNP lega beraksi di Stadium MP Manjung

LUMUT 30 Jan. – Setelah semusim beraksi di Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang, pasukan PKNP FC akhirnya lega apabila dapat benar-benar beraksi di ‘laman sendiri” dalam saingan Liga Super musim ini.

Skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim yang menduduki tangga kesembilan Liga Super musim lalu akan beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di sini.

Presiden PKNP FC, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, beraksi di Stadium MP Manjung mampu menarik kehadiran penyokong yang akan memberikan semangat kepada para pemain.

Malah Zainol mengakui terkejut dengan sambutan penyokong yang hadir pada majlis pelancaran jersi pasukan dan pengenalan pemain di stadium berkenaan di sini malam ini yang dihadiri kira-kira 4,000 orang.

“Pemain beraksi tanpa penyokong semasa bermain di Stadium Batu Kawan yang menjadi gelanggang tuan rumah pasukan ini pada musim lalu.

“Saya gembira apabila musim ini PKNP bermain di Perak iaitu di Manjung. Saya terkejut dengan sambutan penyokong di sini malah jualan tiket bermusim pun kita berjaya jual, sesuatu yang tak pernah kita buat sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran jersi pasukan dan pengenalan pemain di Stadium MP Manjung di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

2.png6.png9.png4.png8.png4.png
Hari Ini495
Semalam716
Minggu Ini2236
Bulan Ini17843
Keseluruhan269484