Kem Bina Semangat Atlet SUKMA XVI, 2013

Kem Bina Semangat Kontinjen Perak SUKMA 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 hingga 19 May 2013 yang lalu. Kem ini telah disertai seramai 155 atlet, 83 (lelaki) dan 72 (wanita). Sebanyak 5 pasukan tidak dapat menyertai kem ini kerana menyertai kejohanan luar.

Program ini telah menyelitkan beberapa program yang merangkumi aktiviti fizikal dan sesi ceramah. Program ini telah mendapat kerjasama dari pihak PGA iaitu Pasukan Gerakan Am Polis DiRaja Malaysia. Semua aktiviti fizikal telah dikendalikan oleh pihak PGA manakala aktiviti ceramah dan latihan dalam kumpulan (LDK) telah dikendalikan oleh Dr. Sharifah Mazlina dan Cik Siti Kamesah Bee.

Kem ini telah dirasmikan oleh YB. Dato Abdul Puhat bin Mat Nayan selaku Ketua Kontinjen Negeri Perak.  Kem ini telah menyuntik semangat setiap atlet dalam menghadapi temasya SUKMA akan akan berlangsung tidak lama lagi. Beberapa aktiviti telah dijalankan bagi menaikkan semangat kontinjen serta mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Atlet juga telah didedahkan dengan aktiviti bagi membentuk jati diri dan menerapkan semangat berpasukan.
 
Pada malam terakhir kem, beberapa aktiviti santai telah diadakan seperti pertandingan karaoke, cabutan bertuah dan beberapa aktiviti lain. Secara kesimpulannya kem ini telah berjaya mendapat maklumbalas positif dari semua atlet yang berpuas hati dengan kem yang dianjurkan pada kali ini.
 
Aktiviti dimulakan dengan sesi “pendaftaran” seawal jam 10.00 pagi (Jumaat) yang dikendalikan oleh urusetia. Kem ini dijadual akan tamat pada 12 Mei 2013 (Ahad).

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Contact Us

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

ONLINE VISITORS

3.png1.png4.png7.png8.png3.png
Today232
Yesterday489
This week1358
This month11498
Total314783