Cabutan Bertuah Bagi Penonton Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Penonton perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke 22 yang bermula 9 Mac ini, berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah yang akan diadakan setiap hari sehingga 17 Mac depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Datuk Abdul Rahim Md Ariff berkata, orang ramai, khususnya peminat hoki tempatan dijemput untuk menyaksikan kejohanan itu di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh, bermula jam 4 petang.

Beliau memberitahu, kejohanan kali ini juga akan meneruskan anugerah Piala Fair Play yang dinamakan sempena nama Almarhum Datuk Seri Raja Ashman.

"Selain itu, kita juga akan memilik 11 pemain terbaik daripada semua enam pasukan yang mengambil bahagian,’’ katanya pada sidang media di Impiana Hotel Ipoh hari ini.

Menurut beliau, persiapan kejohanan telah siap sepenuhnya dan beberapa aktiviti sampingan telah dan akan diadakan untuk memeriahkan lagi kejohanan kali ini.

"Antara aktiviti itu termasuklah sesi bertemu peminat yang telah kita adakan di Mydin semalam yang mendapat sambutan cukup peminat hoki di sekitar Ipoh,’’ tambah beliau

Selain itu, Asian Hockey Federation turut akan mengadakan dua kursus sempena kejohanan kali ini iaitu kursus kepengadilan dan kursus kejurulatihan yang akan berlangsung di Akademi Raja Ashman Shah, Ipoh mulai esok hingga 18 Mac ini.

Sumber : Perak News

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Contact Us

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

ONLINE VISITORS

3.png1.png4.png7.png9.png3.png
Today242
Yesterday489
This week1368
This month11508
Total314793