Jersi baharu The Bos Gaurus papar mesej ‘Save Water’, ‘Quit Smoking’

IPOH 24 Jan. – Jersi baharu pasukan bola sepak Perak yang bakal diperkenalkan pada majlis memperkenalkan pemain The Bos Gaurus Sabtu ini, tidak akan memaparkan sebarang logo penaja, sebaliknya disertakan dengan mesej tertulis ‘Save Water’ dan ‘Quit Smoking’.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkata, mesej dalam bahasa Inggeris itu tidak bermakna pihaknya tidak mendaulatkan bahasa Melayu tetapi ia selari dengan kedudukan The Bos Gaurus yang kini bermain di peringkat antarabangsa pada musim ini.

Ahmad Faizal turut menyifatkan jersi kali ini adalah yang terbaik pernah ditampilkan oleh Pafa selepas pihaknya berfikir panjang mengenainya.

“Alhamdulillah, semua penaja kita menyumbang dengan penuh ikhlas demi menaik taraf sukan bola sepak negeri Perak. Saya telah bercakap dengan mereka mengenai perkara ini dan mereka bersetuju supaya nama-nama syarikat penaja tidak dipaparkan pada jersi.

“Sebaliknya kita letak ‘Save Water’ dan ‘Quit Smoking’ untuk kita tunjukkan pada orang ramai di seluruh Asia bahawa orang Perak membawa mesej yang baik. Orang Perak bersukan sambil berkasih sayang, kita cintakan bangsa kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bersiaran secara langsung di Perak FM di Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, walaupun bola sepak merupakan sukan rakyat, Lembaga Air Perak (LAP) tidak perlu lagi menyumbang sehingga RM8 juta kepada Pafa sebaliknya ia dikurangkan menjadi RM2 juta pada musim ini.

“Kita hendak menjaga duit rakyat kerana duit LAP itu adalah duit rakyat. Selain daripada itu, ia disumbangkan oleh pihak swasta,” katanya.

Tambah beliau, sempena majlis memperkenalkan pemain yang akan diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, mini karnival sukan akan berlangsung seawal pukul 8 pagi diikuti konsert pada sebelah malam yang menampilkan barisan artis seperti Awie, Ella, Baby Shima, Zizi Kirana dan kumpulan Ruffedge.

Selain itu, trofi Piala Malaysia yang telah dimenangi pasukan bola sepak Perak pada musim lalu juga akan ditampilkan khusus untuk para penyokong. – UTUSAN ONLINE

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Contact Us

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

ONLINE VISITORS

3.png1.png4.png7.png7.png7.png
Today226
Yesterday489
This week1352
This month11492
Total314777