Peluang Ke Kelab Jepun Kian Cerah

Kuala Lumpur: Peluang buat dua pemain sayap Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Zakaria untuk menyertai kelab Jepun, Ryukyu FC tampak cerah.

Walaupun keputusannya hanya akan diumumkan 11 Mac ini, pengendali skuad B-23 kebangsaan itu, Ong Kim Swee positif dua anak buahnya itu mampu memikat hati wakil Ryukyu FC yang berada di Laos ketika perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan negara itu, Selasa lalu.

“Saya boleh katakan positif, terutama Wan Zack yang beraksi cemerlang ketika membantu mengikat Laos 3-3.

Saya tidak mahu tahap profesionalisme pemain muda kita menjadi bahan bualan apabila sebelum ini dua pemain yang dilamar oleh kelab Portugal, pulang lebih awal daripada kontrak sebenar," Ong Kim Swee


“Perbincangan lanjut akan dilakukan 11 Mac ini, dan sekiranya Ryukyu FC berminat mendapatkan khidmat dua pemain itu atau pemain lain, saya berharap mereka bersedia berkelana ke luar negara.

“Saya tidak mahu tahap profesionalisme pemain muda kita menjadi bahan bualan apabila sebelum ini dua pemain yang dilamar oleh kelab Portugal, pulang lebih awal daripada kontrak sebenar,” kata Kim Swee yang akan bertolak ke Kemboja bersama 23 pemain, esok.

Pemain dimaksudkan Kim Swee ialah pemain tengah, Nazmi Faiz Mansor yang membuat keputusan kembali ke tanah air selepas hanya tujuh bulan bersama kelab divisyen utama Portugal, Beira Mar, dan Ahmad Fakri Saarani yang hanya empat bulan bersama Atletico SC.

Sumber : Berita Harian

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Contact Us

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

ONLINE VISITORS

1.png1.png8.png8.png1.png2.png0.png
Today146
Yesterday530
This week146
This month18530
Total1188120