Perak Yakin Capai Sasaran 30 Pingat Emas SUKMA 2014

 

Kontinjen Perak yakin mampu mencapai sasaran kutipan 30 pingat emas pada kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di Perlis, Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, keyakinan itu berdasarkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh atlet sepanjang persiapan.

Beliau melahirkan rasa puas hati dengan persiapan atlet yang telah dijalankan sejak kira-kira setahun lalu.

"Bagaimanapun banyak lagi yang perlu dibuat kerana saya percaya negeri-negeri lain juga pasti membuat persiapan rapi," katanya kepada pemberita ketika meninjau persiapan atlet di Kompleks Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak di Ipoh hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Ketua Kontinjen, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengarah MSN Perak, Musa Don.

Sementara itu, Abdul Puhat berharap, pengalamannya selama lapan tahun sebagai Pengarah MSN Perak dapat digunakan untuk mengembalikan semula kegemilangan Kontinjen SUKMA Perak. 

"Perak pernah menjadi antara tiga kontinjen teratas dan dengan persiapan yang rapi, insya Allah kita mampu mengembalikan semula kegemilangan itu," ujar beliau.

Sumber Dari : Peraknews

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

9.png0.png0.png8.png2.png5.png
Hari Ini241
Semalam627
Minggu Ini1486
Bulan Ini16994
Keseluruhan900825