24 atlet Perak terima insentif RM41,400
Seramai 24 atlet Perak menerima insentif daripada kerajaan negeri dengan jumlah keseluruhan RM41,400 atas kejayaan meraih pingat di kejohanan antarabangsa dan akademik.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM30,500 diberikan kepada atlet yang mempamerkan pencapaian dalam beberapa temasya sukan antarabangsa termasuk Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, Kejohanan Muay Thai Dunia, Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia.