KEJOHANAN KEBANGSAAN BERBASIKAL (JALANRAYA) PIALA YB EXCO BELIA, SUKAN, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA NEGERI PERAK.

KEJOHANAN KEBANGSAAN BERBASIKAL (JALANRAYA) PIALA YB EXCO BELIA, SUKAN, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA NEGERI PERAK.
Hadir ke Dataran Arena Amanjaya, Manong bagi menyaksikan dan menyampaikan hadiah buat pemenang untuk kategori Wanita Remaja dan Lelaki Elit bagi Kejohanan Kebangsaan Berbasikal (Jalanraya) Piala YB Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak.
Pelumba dari negeri Perak, Ci Hui Nyo telah berjaya menjuarai bagi kategori Wanita Remaja dan pelumba dari Team Sapura Cycling, Muhsin Al Redha Misbah memenangi kategori Lelaki Elit
Kejohanan yang telah bermula pada 23 dan akan berakhir pada 26 jun ini merangkumi laluan dari Manong, Bota dan Seri Iskandar. Sebanyak 14 kategori dipertandingkan buat para pelumba bersaing merebut kejuaraan.
Selesai majlis penyampaian hadiah, seterusnya melakukan pelepasan beramai -ramai bagi acara Lelaki Remaja, Terbuka Lelaki dan Wanita Elit.
Turut sama hadir Tn. Haji Mazlan Mohamad, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak, YB Mohammad Zuraimi Razali, ADUN Manong, Tn. Mohd Soufi Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Dato Amarjit Singh Gill, Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Perak.

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

1.png1.png0.png7.png4.png0.png5.png
Hari Ini591
Semalam945
Minggu Ini2765
Bulan Ini4687
Keseluruhan1107405