AZEEM FAHMI ‘RAJA PECUT’ KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA PERAK 2022

 

IPOH, 20 JUN 2022 – Minggu gilang gemilang buat pelari muda negara, Muhammad Azeem Fahmi minggu lalu apabila beliau meraih kejayaan berganda iaitu  keputusan cemerlang pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 serta merangkul 2 pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perak 2022.

Azeem yang sememangnya sinonim dengan gelaran Usain Bolt Malaysia menepati ramalan menjuarai acara 100 meter (m) lelaki dengan catatan 10.28 saat (s) di Stadium Perak pada Sabtu sekali gus memperbaharui rekod peribadinya iaitu 10.37s yang dicatatkannya pada 26 Mac lalu di kejohanan Kuala Lumpur Allcomers.

Lebih manis, turut membantu kuartet Perak memenangi pingat emas acara 4x100m lelaki dengan catatan masa 41.43s.

Maka benarlah, segalanya yang berlaku pada Sukan SEA Hanoi 2022 bulan lalu ada hikmahnya buat pelari berusia 18 tahun ini yang mana beliau dibatalkan penyertaan dalam acara 100m selepas melakukan ‘false start’.

“Bagi saya insiden itu (false start) sudah berlalu, saya belajar daripada kesilapan itu. Sekarang saya mahu terus fokus ke hadapan bagi menghadapi beberapa kejohanan akan datang.

“Selepas ini, saya akan bersaing pada Terbuka Sarawak Julai nanti sebelum menyertai Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia pada Ogos depan.

“Kemudiannya saya juga perlu bersiap sedia untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Kuala Lumpur pada September,” jelas beliau semalam.

Dengan catatan terbarunya itu dalam acara 100m, Azeem dilihat mempunyai peluang cerah merangkul pingat di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Colombia nanti.

Azeem yang memperoleh 6A dalam SPM 2021 turut akui keputusan itu telah membangkitkan lagi motivasinya selepas turut menerima  tawaran tempat dan biasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi peringkat diploma.

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

1.png0.png0.png3.png7.png3.png9.png
Hari Ini583
Semalam659
Minggu Ini1242
Bulan Ini3211
Keseluruhan1003739