PERAK NEGERI KEDUA TERTINGGI SELESAI TERIMA DOS KEDUA VAKSIN

Perak kini menjadi negeri kedua tertinggi merekodkan jumlah penduduk yang telah selesai menerima dos kedua vaksin.
Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia setakat 7 Jun 2021, seramai 104,742 rakyat negeri Perak sudah menerima suntikan dos kedua, iaitu yang kedua tertinggi selepas negeri Selangor (145,973).
Perkembangan ini didorong oleh pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk program Jangkauan Komuniti atau Outreach yang dilaksanakan secara agresif di negeri Perak sejak 11 Mei lalu.
Antara kejayaan signifikan yang dicapai melalui program Outreach ialah kesemua 3,194 warga emas yang mendiami 118 pusat jagaan dan 3 Rumah Seri Kenangan di negeri Perak sudah mendaftar dan menerima suntikan dos pertama vaksin.
Melalui inisiatif itu juga, sehingga 6 Jun 2021, seramai 3,750 orang daripada 4,131 pesakit dialisis yang mendapatkan rawatan di 78 pusat dialisis kerajaan dan swasta di seluruh negeri Perak telah melengkapkan dos kedua mereka manakala selebihnya sedang menunggu giliran.
Saya yakin dengan pelbagai inisiatif yang sedang dalam proses pelaksanaan termasuk program vaksinasi secara pandu lalu dan pembelian vaksin secara terus daripada pihak Pharmaniaga akan memantapkan lagi program vaksinasi di negeri Perak.
YAB DATO SAARANI MOHAMAD
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
9 Jun 2021

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

8.png6.png4.png1.png4.png4.png
Hari Ini354
Semalam606
Minggu Ini960
Bulan Ini20688
Keseluruhan864144