PAFA Jelas Sebab Pertukaran Venue Majlis Pelancaran Kit Dan Barisan Pemain

IPOH- Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengakui kesilapan terhadap perubahan venue Majllis Pelancaran Kit Dan Barisan Pemain Pasukan Bola Sepak Perak musim ini pada saat-saat akhir.

Presidennya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pada awalnya beliau memang membayangkan untuk mengadakan majlis tersebut di Stadium Indera Mulia.

Namun katanya, kawasan tersebut akan diadakan sebuah program lain pada tarikh 26 Januari yang memaksa pihak pengurusan PAFA membawanya ke Dataran Majlis Bandaraya Ipoh.

“Pihak pengurusan telah pun menandatangi pejanjian dengan pihak lain untuk menggukan kawasan tersebut, maka kita terpaksa menukar venue pelancaran dan majlis memperkenalkan pemain pada 26 Januari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. Selain itu, Ahmad Faizal menaruh harapan agar Skuad The Bos Gaurus cemerlang dalam semua pertandingan edisi kali ini. “Kita akan cuba yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan dan membawa pulang semua piala.

“Walaubagaimanapun kita akan tetap memberi fokus kepada satu-satu pertandingan,” katanya.

Sumber : Perak Today

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

STATISTIK PENGUNJUNG

1.png3.png4.png9.png9.png0.png2.png
Hari Ini334
Semalam601
Minggu Ini2420
Bulan Ini18606
Keseluruhan1349902

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885