Harimau Selatan Baham Bos Gaurus Di Larkin

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan cengkamannya di persada selepas menbenam Perak 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, malam tadi.

Skuad Harimau Selatan yang turun beraksi di laman sendiri menguasai perlawanan seawal pemainan dengan penampilan pertama import baharu, Fernando Marquez berjaya menjaringkan gol pertama.

Turut berjaya mencetak nama sebagai penjaring adalah seorang tenaga import, Jorge Santos pada hujung babak kedua untuk sekali gus menyaksikan tuan rumah mengumpul 32 mata selepas mengharungi 13 perlawanan.

Menurut BH Online, seawal minit keempat, akibat kekasaran yang dilakukan pemain pertahanan pelawat terhadap Marquez tatkala bola sepakan percuma Safiq Rahim tepat kepada pemain import baharu itu menyaksikan pengadil Suhaimi Mat Hassan tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.

Marquez yang mengambil sepakan itu mudah merembat bola ke penjuru kanan buat menewaskan penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam untuk meletakkan tuan rumah selesa mendahului 1-0.

Tersentak dengan jaringan itu, anak didik Mehmet Durakovic cuba bangkit melakukan serangan balas, namun pada minit ke-14 bola rembatan leret Mohd Nor Hakim Hassan berjaya dihalang dengan kaki penjaga gol, Farizal Marlias.

Kesilapan benteng pertahanan tuan rumah pada minit ke-36 hampir dihukum skuad The Bos Gaurus apabila bola umpanan Wander Luiz berjaya disambar Mohd Nor Hakim yang bertindak melambung bola selepas melihat Farizal sudah terkeluar dari posisi namun bola sipi dari gawang gol.

Bersambung babak kedua, tuan rumah menggandakan asakan ketika gol tunggal yang dijaringkan pada awal babak pertama tampak masih belum beri jaminan untuk mencipta kemenangan.

Namun bola sepakan deras Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-51 belum menemui sentuhan penyudah ketika Hafizul Hakim tampak sudah tertewas.

Kelibat Marquez dalam kesebelasan utama tidak berakhir sehingga tamat perlawanan tatkala dia hanya menjalani latihan kurang 24 jam bagi persiapan menentang Perak apabila dikeluarkan pada minit ke-68 dan faktor kepenatan selepas menempuh perjalanan jauh dari Argentina menjejaskan rentak permainannya.

Penampilan terakhir Santos bersama skuad Harimau Selatan yang dimasukkan pada minit ke-75 nyata membuahkan hasil apabila dia yang menyusup masuk ke dalam kotak penalti merembat bola kencang pada minit ke-83 menewaskan Hafizul Hakim untuk memastikan kemenangan 2-0 memihak JDT.

Sumber : Perak Today

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

1.png2.png3.png0.png4.png0.png9.png
Hari Ini524
Semalam549
Minggu Ini1073
Bulan Ini19904
Keseluruhan1230409