Ahmad Faizal Angkat Sumpah Jawatan MB Perak

KUALA KANGSAR, 26 Syaaban 1439H, Sabtu – Pengerusi Pakatan Harapan Perak Ahmad Faizal Azumu telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baharu sebentar tadi.

Istiadat disempurnakan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di Dewan Istiadat Kecil, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Turut berkenan hadir Raja Muda Perak, Raja Di Hilir Perak dan Raja Puan Muda Perak.

Turut kelihatan di istiadat ini Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming, Pengerusi Barisan Nasional Negeri, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir dan beberapa wakil rakyat PH, BN dan PAS.

Turut hadir Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Zainal Azam Abd Ghani dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Terdahulu Sultan Perak Sultan Nazrin telah memberi tempoh kepada parti PH, BN dan PAS untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Pakatan Harapan telah berjaya memperoleh majoriti mudah 31 kerusi selepas dua daripada wakil rakyat BN menyertai PH.

Pada 9 Mei lepas, Ahmad Faizal yang bertanding di DUN Chenderiang menang dengan majoriti 39 undi menewaskan pencabarnya dari BN, Choong Shin Heng dan calon PAS, Nordin Hassan.

 SUMBER: ISMAWEB.NET 

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

9.png7.png6.png7.png6.png8.png
Hari Ini574
Semalam696
Minggu Ini3948
Bulan Ini18014
Keseluruhan976768