Zambry Yakin Perak Mampu Cemerlang Musim Ini

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melahirkan keyakinan musim 2017 bakal menjanjikan sesuatu kelainan bagi skuad bola sepak The Bos Gaurus yang dibimbing Karl Heinz Weigang.

"Saya yakin kita mampu lakukan kerana Perak pernah menjadi juara. Dengan sokongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), penaja, pemain serta penyokong, Perak mampu mencapai sesuatu membanggakan.

"Kita mahu layak ke pentas akhir penghujung tahun ini," katanya ketika berucap pada majlis pengenalan skuad Bos Gaurus dan pelancaran jersi baharu di Stadium Perak di sini, sebentar tadi. Turut hadir Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Zainol Padzi Paharuddin dan Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Dalam ucapannya itu juga, Zambry berharap penyokong Perak akan terus memberi sokongan padu kepada pasukan Yob. Pada masa sama, beliau merayu penyokong mengelak melakukan kesalahan dan mencetuskan suasana tidak diingini yang boleh menyebabkan PAFA menerima padahnya.


Sumber : BH Online (16 Januari 2017)

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

1.png0.png3.png2.png6.png5.png2.png
Hari Ini254
Semalam647
Minggu Ini254
Bulan Ini10217
Keseluruhan1032652