Nuramisha Terima Insentif

IPOH : Juara Kejohanan Muaythai Remaja Dunia dari negeri Perak, Nuramisha Azrilrizal, 14 menerima insentif sebanyak RM10,000 daripada kerajaan negeri, hari ini.

Insentif tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya di Majlis Penyerahan Skim Insentif Kemenangan di SUKMA Sarawak 2016.

Nuramisha muncul juara selepas menewaskan peserta tuan rumah dalam kejohanan yang diadakan di Bangkok, Thailand pada 24 Ogos hingga 1 September lalu.

Shahrul Zaman ketika ditemui berkata, kejayaan Nuramisha ini menunjukkan terdapat banyak potensi-potensi hebat atlet di negeri ini yang boleh diangkat ke peringkat seterusnya.

Ditanya sama ada sukan Muaythai mungkin dimasukkan dalam SUKMA 2018 dimana Perak menjadi tuan rumah, Shahrul Zaman berkata, perkara itu masih diperingkat perbincangan apakah sukan-sukan pilihan yang akan dipilih.

Sumber : Peraktoday 15 September 2016

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

1.png0.png3.png2.png6.png2.png4.png
Hari Ini226
Semalam647
Minggu Ini226
Bulan Ini10189
Keseluruhan1032624