Amsyar Gagal Ke Separuh Akhir

RIO DE JANEIRO: Kesilapan pada terjunan terakhir terpaksa dibayar dengan harga mahal oleh penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman apabila menduduki tangga tercorot saringan kelayakan acara 3 meter papan anjal individu lelaki, pagi tadi.

Amsyar yang berada di posisi terbaik melayakkan diri ke separuh akhir selepas terjunan kelima dengan menduduki tempat ke-12 hilang keseimbangan ketika melakukan terjunan terakhir yang menyebabkan dia terhempas di atas air sekali gus hanya mengumpul 9.75 mata.

Kutipan mata paling buruk itu menyaksikan kedudukan penerjun kelahiran Perlis itu merudum sebelum menamatkan cabaran di tempat ke-29 iaitu tangga tercorot dengan menghimpun 341.70 mata.

Saingan itu diungguli penerjun China, Cao Yuan yang menghimpun 498.70 mata, diikuti Rommel Pacheco dari Mexico (488.25) dan ketiga Kristian Ipsen dari Amerika Syarikat (461.35).Hanya 18 penerjun daripada 29 yang bertanding mara ke separuh akhir, pagi esok.


SUMBER : BHARIAN.COM  SELASA 16 OGOS 2016 @ 6:25 AM 

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

8.png3.png8.png1.png8.png7.png
Hari Ini559
Semalam694
Minggu Ini3651
Bulan Ini15767
Keseluruhan838187