Suku Akhir Piala FA: Perak Menang Tipis

IPOH: Skuad The Bos Gaurus menang tipis dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA menentang Kuala Lumpur FA yang berlangsung di Stadium Perak, malam ini.

Perak menghasilkan jaringan pertama pada minit ketujuh hasil daripada tandukan Thiago Junior Aquido selepas menerima tendangan sudut dari Nazirul Naim.

Kedua-dua pasukan dilihat saling berasak dan mempamerkan aksi-aksi menarik untuk menjaringkan gol.

Cubaan pasukan Kuala Lumpur untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama berjaya ditepis oleh penjaga gol Perak, Muhd Hafizul Hakim.

Beraksi dihadapan 7,800 penonton, ternyata beberapa aksi yang mencemaskan dihadapan gawang gol skuad The Bos Gaurus berjaya diselamatkan oleh Muhd Hafizul.

Perak juga dilihat mempamerkan aksi cemerlang apabila terus mengasak pihak lawan untuk menjaringkan gol, namun masih belum berhasil.

Bagaimanapun, pasukan pelawat tidak menyerah apabila terus mengasak skuad The Bos Gaurus hingga ke minit-minit terakhir.

The Bos Gaurus bakal bertemu Kuala Lumpur sekali lagi bagi suku akhir kedua yang akan diadakan di Stadium Selayang.

 

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

8.png3.png8.png1.png8.png7.png
Hari Ini559
Semalam694
Minggu Ini3651
Bulan Ini15767
Keseluruhan838187