Shamsul Saad Dilantik Jurulatih Perak

Bekas pemain bola sepak pasukan Perak dan kebangsaan, Shamsul Saad dipilih menjadi jurulatih baharu The Bos Gaurus bagi musim 2016.

Shamsul sebelum ini merupakan Ketua Jurulatih pasukan T-Team untuk Piala Presiden bagi tahun 2015 dan Penolong Jurulatih II Pasukan Liga Super Perak pada tahun 2013.

Beliau juga merupakan bekas Ketua Jurulatih pasukan Piala Presiden, SUKMA dan Belia bawah 19 tahun dari tahun 2012 sehingga 2014 yang menyaksikan Perak menjadi johan Piala Presiden sebanyak dua kali.

Kariernyanya sebagai pemain bola sepak, beliau pernah menyarung jersi The Bos Gaurus dari tahun 1993 sehinga 1997 dan tahun 2000 sehingga 2005 serta empat tahun pengalaman bermain untuk pasukan kebangsaan dari tahun 2000 hingga 2004.

Berita pelantikan beliau dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) dalam satu kenyataan rasmi pada Jumaat.

“Pihak pengurusan juga ingin memaklumkan sebahagian daripada barisan pemain Pasukan Liga Super Perak 2016 telah dikenal pasti dan telah menandatangani kontrak untuk bersama Perak.

“Pihak pengurusan juga sedang meniliti dan mengadakan perbincangan dengan beberapa orang pemain import yang telah dikenal pasti mampu untuk membantu pasukan liga super perak 2016 nanti,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya dipilih menjadi Pengurus Pasukan Liga Super Perak 2016.

Beliau merupakan Timbalan Presiden PAFA dan Pengerusi Akademi Bolasepak Perak.

Sumber : PerakNews

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

1.png1.png0.png7.png3.png6.png9.png
Hari Ini555
Semalam945
Minggu Ini2729
Bulan Ini4651
Keseluruhan1107369