Keputusan Saya Muktamad - Zainol

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin mengulangi pendiriannya bahawa keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden pada Kongress Tahunan PAFA yang dijadualkan 4 Oktober ini adalah muktamad.

Menurut Zainol, beliau telah menerajui PAFA sejak tahun 2010 dan sepanjang tempoh tersebut persatuan telah berjaya menyelesaikan kemelut-kemelut yang berlaku sebelum ini.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya pihak pengurusan berjaya meletakkan pasukan Liga Super Perak di antara pasukan yang disegani.

"Oleh itu, saya telah meletakkan pelan jangka panjang untuk kebaikan bola sepak negeri Perak pada masa akan datang.

"Saya berharap satu hari nanti, kita semua akan dapat melihat kejayaan pasukan Liga Super Perak," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Ipoh pada Khamis.

Zainol berkata, isu untuk tidak mengekalkan jawatan itu bukanlah kali pertama beliau perkatakan kerana pada 26 Ogos lalu, semasa sidang media pengumuman Ketua Jurulatih, beliau telah menyatakan perkara yang sama.

Bahkan, tambahnya, beliau mengulangi keputusannya itu sekali lagi semasa sidang media mengenai Kejohanan Muaythai Antarabangsa pada 10 September lalu.

"Peranan saya di sini dah sampai ke penghujungnya, saya dah lakukan yang terbaik dan sehabis boleh untuk memastikan PAFA berada dalam keadaan sekarang," ujarnya.

Zainol berkata, keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada badan-badan gabungan yang setia dan sentiasa bersama PAFA selama ini.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan penyokong-penyokong bolasepak negeri Perak yang selama ini menyokong dan memberi kepercayaan kepadanya sepanjang menerajui PAFA.

 

"Saya juga menyeru agar sokongan padu dari para penyokong akan sentiasa berterusan demi meningkatkan imej dan juga mutu pemain-pemain Liga Super Perak dan seterusnya menyokong kepada pucuk pimpinan baru yang akan dilantik," kata beliau.

Sumber : Perak News (17 September 2015)

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

1.png1.png0.png7.png3.png7.png0.png
Hari Ini556
Semalam945
Minggu Ini2730
Bulan Ini4652
Keseluruhan1107370