Pemilihan Perak Tuan Rumah SUKMA Ke-19

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menganggap pemilihan Perak sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 pada tahun 2018 sebagai satu kejayaan bagi negeri ini.

Beliau mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin kerana memilih Perak sebagai tuan rumah SUKMA ke-19 ketika mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA pada Khamis.

Beliau menjelaskan, sebenarnya kerajaan Negeri Perak telah menghantar surat pembidaan SUKMA 2018 kepada Jawatankuasa Tertinggi SUKMA pada Oktober 2014 setelah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Ogos 2014.

Beliau berkata, ini bermakna negeri Perak menjulang sejarah setelah 24 tahun apabila pernah menjadi Tuan Rumah SUKMA ke-5 pada tahun 1994.

“Ini merupakan satu kejayaan bagi negeri Perak dan kita mengharapkan kerjasama yang erat antara kerajaan Perak dan kerajaan Persekutuan bagi menyediakan kemudahan-kemudahan sukan, sama ada yang sedia ada mahupun keperluan kemudahan yang baru akan dapat dilaksanakan secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh pada Jumaat.

Sehubungan itu, Dr Zambry meminta Pengerusi Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahrul Zaman Yahya untuk melihat tindakan seterusnya yang perlu diambil oleh kerajaan negeri di samping mengadakan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan berhubung tempat-tempat yang perlu diadakan untuk acara-acara SUKMA.

“Kita perlu buat persiapan dari sekarang kerana tempoh masa untuk tahun 2018 tidak begitu panjang dan memerlukan sekurang-kurangnya dua setengah tahun bagi membuat persiapan termasuk persediaan tempat-tempat baru dan membaikpulih tempat sukan sedia ada,” ujarnya.

Menurut Dr Zambry, kerajaan negeri akan membuat penilaian bukan hanya Velodrum Rakyat di Ipoh tetapi juga dari segi kemudahan lain seperti kolam renang, pusat gimnastik dan stadium-stadium sedia ada di daerah-daerah lain yang mempunyai prasarana baik untuk penganjuran SUKMA.

Beliau juga berharap, atlet Perak juga dapat menunjukkan kecemerlangan di dalam kejohanan sukan dwi tahunan itu.

Sumber : Perak News 15 Mei 2015

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

STATISTIK PENGUNJUNG

1.png3.png1.png2.png0.png3.png4.png
Hari Ini105
Semalam431
Minggu Ini1347
Bulan Ini13810
Keseluruhan1312034

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885