Apa Nasib Velodrom Rakyat?

Fakta
- Mula dibina pada tahun 1985, dan siap empat tahun kemudian. Digunakan buat kali pertama pada temasya Sukan Sea 1989.
- Dibina hasil kutipan derma rumah ke rumah masyarakat setempat, agensi kerajaan dan swasta yang menelan belanja RM3.25 juta
- Trek Velodrom Rakyat, Ipoh Perak berukuran 250 meter dan siap dengan permukaan kayu
- Merupakan velodrom pertama yang dibina di Malaysia, sebelum Velodrome Cheras.

Satu ketika dahulu, Velodrome Rakyat yang dibina hasil kutipan dermaan rakyat serta sokongan agensi dan premis-premis kerajaan pernah menjadi gah berikutan platform tersebut dijadikan sebagai landasan utama acara sukan berbasikal.

Bahkan, velodrom bernilai RM3.25 juta tersebut pernah menjadi lokasi temasya Sukan SEA 1989, Asia Cup 2006 dan pelbagai lagi kejohanan bertaraf antarabangsa namun semuanya kini cuma tinggal kenangan semata.

Tinjauan Peraknews mendapati velodrom tersebut berada dalam keadaan yang amat mengecewakan, dengan balapan kayu yang sudah berkulat dan reput dimamah cuaca hujan berseling panas, sehingga membuatkan tiada siapa pun yang berani menggunakannya sebagai tempat latihan sukan berbasikal.

Presiden Lumba Basikal Perak, Datuk Amarjit Singh Gill yang ditemui berkata, pihaknya telah mengemukakan mengenai permasalahan tersebut kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) penghujung tahun lalu dengan harapan ia akan dibaikpulih secepat mungkin.

Keadaan Velodrome Reput Dimamah Cuaca

Jelasnya, elemen cuaca yang ekstrim telah menyebabkan balapan yang diperbuat daripada kayu menjadi reput dan rosak dengan mudah, tambahan pula dengan struktur velodrom yang bersifat terbuka tidak berbumbung.

Menurutnya, beliau telah mengemukakan perkara ini kepada menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin agar peruntukan diberikan daripada KBS untuk membaikpulih velodrum rakyat berkenaan dan respons yang positif telah diberikan.

"Saya telah berjumpa dengan YB Khairy ketika kejohanan Komanwel di Glasgow dan menceritakan mengenai permasalahan velodrom rakyat, beliau memberi respons yang baik dan selang beberapa bulan rdapat papan tanda mengenai kerja-kerja penambahbaikan telah diletakkan di luar velodrom tersebut pada September.

"Namun, tiba-tiba papan tanda itu telah dicabut sekitar bulan November dan ketika saya menghubungi pihak KBS, mereka mengatakan kos penambahbaikan velodrom tersebut adalah di luar perancangan bajet yang tersedia," katanya.

Langkah Terbaik dalam Penyelenggaraan

Amarjit berkata,cara terbaik dalam mengekalkan kualiti balapan sekiranya ia akan dibaikpulih kelak adalah untuk membina bumbung untuk melindunginya daripada keadaan cuaca yang tidak menentu, selain meningkatkan tahap penggunaannya kepada pelumba-pelumba sukan berbasikal.

"Tidak perlu bumbung yang mahal, cukup sekadar yang dapat bertahan lama dan dapat mengurangkan kos penyelenggaraan kelak," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau kurang bersetuju dengan cadangan untuk menukarkan balapan kayu kepada konkrit kerana mengikut piawaian velodrom antarabangsa, kebanyakannya menggunakan balapan kayu.

Jelasnya, adalah ideal bagi atlit dan pelatih kejohanan sukan berbasikal untuk mendapatkan latihan platform yang bertaraf antarabangsa supaya mereka dapat menyesuaikan diri, baik di peringkat tempatan, mahupun antarabangsa.

Beliau berpendapat bahawa perancangan untuk meminta derma daripada rakyat seperti yang dilakukan sekitar tahun 1985 adalah tidak sesuai berikutan keadaan ekonomi rakyat yang tidak menentu buat masa ini.

Jelasnya, penyelenggaran yang terakhir adalah pada tahun 2006 ketika Asia Cup berlangsung, dan pihaknya sentiasa memastikan pasukan Badan Berbasikal Dunia (UCI) memeriksa kualiti trek itu bagi menjamin keselamatan dan pengesahan penggunaan velodrum tersebut sebagai pusat latihan yang menepati piawaian.

Harapan Untuk Velodrum Rakyat

Katanya, kaedah yang seharusnya diambil dalam masa terdekat ini adalah melalui perbincangan di antara KBS, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan kerajaan negeri Perak.

"Semua pihak patut duduk dan berbincang dengan teliti mengenai perkara ini kerana inilah cara terbaik dalam mencari jalan penyelesaian, sebab saya cukup yakin kerajaan dan ada pihak yang mempunyai niat untuk menambahbaik velodrom ini.

"Cuma tiada perbincangan yang diadakan bagi mengorek dan menyelesaikan permasalahan, kalau kita biarkan, lama-kelamaan ianya akan dibiarkan begitu sahaja," ujarnya.

Sumber : PerakNews

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

STATISTIK PENGUNJUNG

1.png3.png4.png9.png8.png6.png9.png
Hari Ini301
Semalam601
Minggu Ini2387
Bulan Ini18573
Keseluruhan1349869

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885