Aplikasi Staf
Sukma
Super
Anugerah

VISI & MISI

VISI

"Menjuarai Sukan Di Malaysia Dengan Prestasi Bertaraf Dunia" 

MISI

  1. Memastikan atlet Negeri Perak menjuarai setiap jenis sukan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  2. Mempertingkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan fasiliti serta mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber peruntukan bagi memastikan program-program sukan dapat digerakkan.
  3. Memastikan program pembangunan sukan dijalankan secara menyeluruh, sistematik dan berkesan.
  4. Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pengurusan sukan serta sains sukan.

PERANAN UTAMA

Majlis Sukan Negeri Perak merupakan sebuah organisasi sukan utama yang berperanan sebagai tunggak penggerak dalam pembangunan sukan berprestasi tinggi peringkat negeri.

SEJARAH PENUBUHAN

Majlis Sukan Negeri Perak ditubuhkan pada 1 November 1989 di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia Pindaan Jadual Kedua) 1988 Akta 29. Majlis Sukan Negeri Perak ini berada di bawah pengawasan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (pentadbiran) yang beribu pejabat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Pejabat Majlis Sukan Negeri Perak yang pertama telah bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak yang pertama ialah Mahaiyuddin bin Arshad yang mula bertugas pada 1 November 1989 hingga 30 April 1993. Tempat beliau kemudiannya digantikan oleh Encik Mazelan bin Ahmad Baharin yang mula bertugas pada 1 Julai 1993 dan berakjir pada 31 Disember 1996. Tempat beliau digantikan pula oleh Encik Abdul Puhat bin Mat Nayan yang mula bertugas pada 1 Januari 1997 hingga 31 Oktober 2005. Sebelum pejabat di Bangunan Perak Darul Ridzuan digunakan, Majlis Sukan Negeri Perak telah beroperasi di suatu blok rumah kedai yang disewakan beralamat di No. 4, Medan Istana 5, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Bandar Ipoh Raya, Perak Darul Ridzuan.

Tanggal 1 Disember 2006, kerusi Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak telah disandang oleh Haji Meor Ismail bin Meor Akim. Berikutan dari perubahan kuasa pentadbiran tertinggi Majlis Sukan Negeri Perak, pejabat Majlis Sukan Negeri telah berpindah ke Wisma Majlis Sukan Negeri Perak, Kompleks Sukan MBI sehingga kini.

PERUTUSAN PENGARAH

SALAM SEJAHTERA

SALAM “DEMI PERAK 2022”

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t. di atas segala nikmat yang telah diberikan. Terlebih dahulu, kami amat mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang dihormati kerana melayari Laman Sesawang Majlis Sukan Negeri Perak (MSNPk). Laman sesawang ini adalah sebahagian daripada usaha MSNPk untuk berkongsi maklumat berkenaan visi, misi, fungsi, struktur organisasi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MSNPk.

Kami berharap laman sesawang ini akan dapat menjadi penyalur maklumat dan panduan komprehensif mengenai perkembangan sukan di negeri Perak. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan serta program-program berkaitan dengan sukan dan atlet prestasi tinggi akan dimuatkan di dalam laman sesawang ini.

Semoga laman sesawang ini menjadi perantara antara MSNPk, atlet-atlet dan masyarakat luar untuk berkongsi idea, maklumat, interpretasi serta pendapat terhadap sukan dan persekitarannya. Pandangan, kerjasama dan minat yang ditunjukan oleh para pengunjung ke laman sesawang ini memperlihatkan bahawa masyarakat begitu prihatin dan sentiasa mempamerkan sokongan terhadap perkembangan sukan di negeri ini.

Kami turut mengalu-alukan maklumbalas daripada semua pihak bagi meningkatkan kualiti dan informasi dalam laman sesawang Majlis Sukan Negeri Perak.

Selamat melayari laman sesawang ini.

Sekian, terima kasih.

“KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN”

“KITA JUARA 2020”

#demiperak #msnperak #seladang

TUAN HAJI MAZLAN BIN MOHAMAD

PENGARAH,

MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK

  • 1
  • 2

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

1.png0.png3.png2.png6.png3.png2.png
Hari Ini234
Semalam647
Minggu Ini234
Bulan Ini10197
Keseluruhan1032632