• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Perutusan Pengarah

Encik Ghazali Bin Kasim, PJK

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya telah memberi kesempatan kepada saya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan "Perutusan Pengarah" ini.

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan maklumat disalurkan dengan lebih cepat dan berinformasi. Majlis Sukan Negeri sebagai agensi sukan yang mengikuti perkembangan teknologi maklumat telah mewujudkan Laman Web yang boleh digunakan bagi menyalurkan maklumat dan menerima maklumat dari seluruh warga sukan. Web site ini diharap dapat dijadikan sebagai sumber rujukan seluruh warga sukan untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini sukan masa kini.

Majlis Sukan Negeri merupakan organisasi sukan utama yang berperanan sebagai tunggak dan nadi penggerak dalam pembangunan sukan berprestij tinggi. Selaras dengan pembangunan sukan masa kini, Majlis Sukan Negeri Perak kini sedang giat dalam menjalankan aktiviti pembangunan sukan negeri. Diharap dengan pelbagai pendedahan sukan dan infrastuktur yang banyak, Negeri Perak dapat melahirkan lebih ramai atlet yang dapat mengharumkan nama negari dan negara.

 

Sekian, Terima Kasih.

"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN"
Pengarah,
Majlis Sukan Negeri Perak

FaLang translation system by Faboba