• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Bahagian Khidmat Pengurusan

Kepimpinan Majlis Sukan Negeri Perak telah mengambil langkah proaktif untuk memperkasa struktur  organisasi  pentadbiran/pengurusan  demi mengimbangi tuntutan semasa  menuju pemodenan  perkhidmatan awam.

Diantara langkah yang diambil adalah dengan membuat penstrukturan semula carta organisasi  sesuai dengan tuntutan semasa serta bidang tugas yang lebih  relevan dikalangan pegawai dan kakitangan Majlis Sukan Negeri Perak.

Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggung jawab dalam  mengawal selia ehwal pentadbiran/pengurusan pejabat dan kakitangan diantaranya adalah seperti senarai dibawah:-

  1. Mengawal selia hal ehwal pentadbiran/pengurusan pejabat/staf.
  2. Mengawal selia infrastuktur Majlis Sukan Negeri Perak
  3. Mengurus hal ehwal ICT serta perhubungan awam/korporat.
  4. Mengurus hal ehwal kewangan/perolehan
  5. Memantau/menyelaras kursus/latihan  warga Majlis Sukan Negeri Perak.
  6. Menyedia Laporan Nilaian Prestasi Tahunan/Laporan Audit
  7. Urus setia Mesyuarat Lembaga Pengurus  Majlis Sukan Negeri Perak.
FaLang translation system by Faboba