• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Perak mahu jadi negeri sukan

LUMUT 6 NOV. - Perak berhasrat untuk peneraju dalam mengetengahkan acara yang berteraskan sukan dan kecergasan.

Menteri Besar,Datuk Seri Dr.Zambry Abd.KAdir berkata, langkah itu selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu menjadikan Perak sebagai negeri sukan bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan budya hidup sihat.

Menurutnya, sehubungan itu perlumbaan berbasikal bukit, Pangkor MTB Challenge dan acara kecergasan,Santai Walk yang diadakan di Pulau Pangkor hari ini akan diangkat menjadi acara tahunan.

Kata belia, kedua-dua program itu mendapat sambutan menggalakkan dan ia akan disenaraikan dalam kalendar pelancongan dan sukan negeri.

"Kerajaan negeri amat mengalu-alukan apa sahaja program atau aktiviti yang ada kaitan dengan sukan dan kecergasan. Hasrat kita adalah untuk jadikan Perak negeri sukan.

"Secara tidak langsung kita dapat galakkan orang ramai mengamalkan budaya hidup sihat, malah saya sendiri seorang yang aktif bersukan seperti berlari, berbasikal dan main bola sepak."katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan peserta Santai Walk di Sungai Pinang Kechil di Pulau Pangkor hari ini.

Zambry dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli turut menyertai 300 peserta Santai Walk berjalan kaki sejauh lebih lima kilometer.

Beliau kemudian melepaskan 300 peserta Pangkor MTB Challenge sejauh 25 kilometer mengelilingi Pulau Pangkor.

Menurut Zambry, kedua-dua program itu pernah diadakan sebelum ini dan akan dijadikan acara tetap untuk menarik minat golongan yang meminati sukan selain menaikkan imej Pangkor sebagai destinasi pelancongan.

Sementaraitu, Zambry melahirkan rasa teruja kerana Pangkor MTB Challenge telah berjaya menarik penyertaan dari seluruh negara.

"Bagi penduduk Pangkor pula, program sebegini amat dinanti-nantikan kerana mereka dapat menyertai satu program sihat dalam skala yang agak besar."katanya.

Sumber : UtusanOnline 6 November 2016 

 

 

FaLang translation system by Faboba